Sinopsis:
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat
pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan
babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat
sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus
sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu
mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya.
Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married
life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup
berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari
kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!”
– Nawwal Husna
“Una
tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa
Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah
Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin?
Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang,
sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci,
tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
haaa....nak tahu cerita selanjutnya...korang tengok lah drama dia...best...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan