Halaman

Anak - Anak

 Assalamualaikum...
 Dah lama dah x menulis kat sini yer...x dek masa lar...buzy memanjang ler...Ok...kat sini aku nak ceritakan sedikit pasal anak - anak aku. Aku ada 3 orang anak. Yang pertama lelaki nama nya Muhamad Danial Imran Bin Sauddi. Yang ke dua gigirl, Nur Damia Izzati Binti Sauddi dan yang paling kecik sekali Nur Damia Irdina Binti Sauddi..

Yang pertama.. aku nak ceritakan sikit pasal anak aku yang sulung ni...kitorang dalam keluarga panggil dia abe...abe ni dilahirkan pada 8 ogos 2006.. tapi umur nya tak panjang...Allah yang Maha Kuasa lebih sayang kan dia...Dia dah meninggal pada 23 0g0s 2013 pada pagi jumaat bersamaan dengan 16 Syawal 1434 Hijrah selepas 15 hari dia sambut harijadinya. Masa tu umur nya 7 tahun...darjah satu..dia meninggal akibat jangkitan kuman dalam paru-paru...ni rupa nya...

Dia adalah anak lelaki tunggal aku...buat masa ni...tapi Allah lebih sayang kan dia...AKu redha jer...gambar ni masa nak naik darjah satu...dan hari ni hari yang ke 83 dia meninggalkan umi dan abahnya...walaupun sedih dengan ketiadaan nya aku harus tabah kerana aku ada 3 orang lagi yang memerlukan aku...suami aku, izzati dan irdina...
ok....cukup dulu buat masa ni...nanti aku sambung cerita tentang nur damia izzati pulak yer....sabarrrrrr....




1 ulasan: